Saturday, December 6, 2008

~~~Y.U.M.M.Y~~~


....Yummy....Nyum...Nyum....

Monday, December 1, 2008

LAILATULQADAR

LAILATULQADAR adalah malam yang istimewa. Kelebihan yang ada pada malam Lailatulqadar melebihi seribu bulan termaktub dalam Al-Qur'an iaitu di dalam Surah Al-Qadar:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut), Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Surah Al-Qadar 097:1-5)

SEBAB TURUN SURAH

Menurut tafsiran Mujahid, beliau menyatakan ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang bangun malam untuk beribadah hinggalah menjelang Subuh. Kemudian dia berjihad pula di jalan Allah hinggalah menjelang petang. Dia melakukan perkara itu selama seribu bulan. (kira-kira 29,500 hari). Kemudian turunlah ayat itu yang menyatakan bahawa beribadah pada malam Al-Qadar adalah lebih baik daripada amalan lelaki tersebut (Ibn Kathir (1998), Tafsir Al-Qur'an Al-Azim, Jilid 8, Beirut, Halaman 3818).

Menurut Ali bin Urwah, Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa terdapat empat orang dari kalangan Bani Israel yang beribadah kepada Allah selama 80 tahun dan tidak sesaat pun mereka melakukan maksiat kepada Allah. Para sahabat merasa takjub dan kagum mendengar amalan abid tersebut lalu datanglah Jibril a.s. dan membacakan kepada Rasulullah Surah Al-Qadar dan menyatakan bahawa malam Al-Qadar adalah lebih afdal darpada amalan empat abid tersebut. Para sahabat merasa gembira dengan anugerah Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w.

LAILATULQADAR 10 MALAM TERAKHIR YANG GANJIL

Tapi bilakah berlakunya malam Al-Qadar? Semasa Rasulullah s.a.w. masih hidup, Baginda pernah pada satu ketika ingin memberitahu kepada umatnya waktu sebenar berlakunya malam Al-Qadar, namun setelah berlaku pertengkaran dua orang sahabatnya tentang hal itu, maka maklumat tersebut diangkat oleh Allah dan dirahsiakan. Oleh itu, waktu sebenar berlakunya malam Al-Qadar itu hanya ada pada ilmu Allah.

Walaupun begitu, ada beberapa hadis yang menggambarkan bilakah malam Al-Qadar itu berlaku. Menurut pendapat yang masyhur, malam Al-Qadar berlaku pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan ia berlaku pada malam-malam yang ganjil. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ubadah bin Somit bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang malam Al-Qadar, lalu Baginda menjawab: "Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu bersungguh-sungguh mencarinya pada sepuluh malam akhir Ramadhan".

"Sesungguhnya malam Al-Qadar itu pada 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau pada akhir malam Ramadhan." (Musnad Imam Ahmad 5/318). Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh akhir Ramadhan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

PENDAPAT MENYATAKAN LAILATULQADAR 27 RAMADAN

Ada juga hadis yang menyatakan bahawa malam Al-Qadar itu berlaku pada malam ke 27. Muawiyah, Ibn Umar, Ibn Abbas dan lain-lain: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Malam Al-Qadar itu adalah malam ke 27." Sekumpulan ulama salaf bersetuju dengan waktu ini. Begitu juga mazhab Imam Ahmad bin Hanbal (Hanbali) dan riwayat daripada Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi). Diceritakan daripada sesetengah ulama salaf bahawa mereka berpendapat malam Al-Qadar berlaku pada malam ke 27 kerana perkataan dalam Surah Al-Qadar yang merujuk kepada ganti nama malam Al-adar merupakan kalimah yang ke 27 dalam Surah tersebut. (Ibn Kathir halaman 3823).

Image

PERKATAAN LAILATULQADAR DIULANG 3 KALI

Pendapat yang menyatakan bahawa malam Al-Qadar jatuh pada 27 haribulan agak menarik perhatian kita. Ini adalah hasil pemerhatian saya sendiri mengenai perkataan Lailatulqadar dalam Surah Al-Qadar. Perkataan Lailatulqadar mengandungi 9 huruf. Jika anda perhatikan perkataaan Lailatulqadar itu sendiri diulang 3 kali. Ini menjadikan keseluruhan hurufnya berjumlah 9 x 3 = 27. Adakah ia kebetulan?

RAMADHAN ADALAH BULAN KE 9

Ramadhan (bahasa Arab:ÑãÖÇä) (biasa digelar "Ramadhan Al-Mubarak") merupakan bulan ke 9 dan bulan paling suci dalam Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an pada Surah Al-Baqarah Ayat 185 yang ertinya:

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu."

Mungkin sekarang anda nampak betapa angka 9 itu mempunyai asas yang baik untuk menyatakan tentang bulan Ramadhan itu sendiri dan hakikat bahawa Lailatulqadar dinyatakan 3 kali seolah-olah melorongkan kita untuk fokus pada malam 27 Ramadhan. Baca seterusnya.

HURUF YANG KEDUDUKANNYA SERUPA DENGAN ANGKA MUFRADNYA


Berikut adalah imej bagi Surah Al-Fatihah yang telah saya masukkan ke dalam Jadual. Perhatikan betul-betul. Terdapat 5 tempat dalam Al-Fatihah itu dimana Kedudukan Hurufnya SERUPA dengan Jumlah Angka Mufradnya bila kita cari sama ada dari pangkal atau dari hujung. Contohnya, Ra (Angka Mufrad 10) ditemui di Posisi 10. Kalau anda campurkan semua Angka Mufrad 5 Huruf ini, anda akan dapati jumlahnya BERULANG 111. 10+27+28+27+ 19 = 111. Campur mendatar jumlahnya 3.

Image
YANG SETENTANG HANYA 27:27

Perhatikan betul-betul Jadual di atas. Dari huruf-huruf di atas tadi, hanya Ha (Angka Mufrad 27) yang berada di Posisi 27 itu berada dalam KEDUDUKAN SETENTANG dari Pangkal mahupun dari Hujung Al-Fatihah. Ini menunjukkan bahawa 27 merupakan angka yang istimewa kedudukannya dalam Al-Fatihah itu sendiri.

FENOMENA BERBEZA 27

Jumlah Surah Al-Qur'an ialah 114 sementara Jumlah Huruf Al-Fatihah ialah 141. Bezanya 141-114 = 27. Ini satu lagi tanda menunjukkan bahawa 27 itu mendapat tempat yang penuh misteri lagi istimewa.

FAKTOR 27 DAN NAMA AL-FATIHAH SERTA AL-QUR'AN

Tadi kita lihat bahawa terdapat 3 kali perkataan Lailatulqadar ini diulang dalam Surah Al-Qadar menjadikan jumlah hurufnya 27. Angka 27 itu jika didarab 3 kali akan menjadi 81. Untuk pengetahuan anda, nama Al-Qur'an dan nama Al-Fatihah itu dari segi Angka Mufrad ialah 81: Al-Qur'an: Alif+Lam+Qaf+ Ra+Alif+Nun > 1+23+21+10+1+ 25 = 81 sementara Al-Fatihah: Alif+Lam+Fa+ Alif+Ta+Ha+ Ho > 1+23+20+1+3+ 6+27 = 81. Maknanya 81 itu adalah 9x9, atau 3x3x3x3, atau 3x9x3. Asasnya adalah Sifir 3. Mungkin rahsia Lailatulqadar berada pada Sifir 3 dan Sifir 9. Wallahua'lam.

Fenomena di atas juga menunjukkan bahawa angka 27 itu adalah istimewa dalam konteks kajian Angka Mufrad. Untuk pengetahuan anda juga, nama Ahmad itu Angka Mufradnya 39 sementara nama Ibrahim itu (syari'at yang disambung oleh Muhammad s.a.w.) ialah 93. Anda lihat IMEJ CERMIN 93:39 antara dua nama ini. Angka 3 dan 9 itu 'kebetulan' bila didarab akan menjadi 27. Sebenarnya dalam 27 itu adalah 3+3+3+3+3+3+ 3+3+3 (Faktor Berulang 9 Kali), atau 3x3x3 (Faktor Berulang 3 Kali). Semua ini mungkin dapat membantu kita untuk nampak bahawa malam 27 Ramadhan adalah malam yang lebih istimewa bila dikaji dari sudut matematik.

KESIMPULAN

Saya mencatat fenomena 27 dalam Surah Al-Qadar dan Al-Fatihah ini sebagai bahan renungan kita bersama. Ada baiknya bagi semua Muslim membanyakkan amalan di sepanjang malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan, tapi mungkin pada malam 27 itu amalan patut melebihi amalan di malam-malam ganjil yang lain. Wallahua'lam.

Cukuplah setakat itu dulu. Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.

kh@si@t @ir z@m-z@m

AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.

Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit."

Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.

Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam.

Berdasarkan nas asy-Syafi'eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.

Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam.

Rasulullah pernah bersabda: "Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: "Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai.

"Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.

"Ramai ulama meminumnya kerana sesuatu hajat dan mereka berhasil memperolehnya."

Disebut pengarang kitab al-'Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta.

Lalu, dengan izin Allah, beliau sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian itu dikhabarkan sendiri gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.

Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: "Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.

"Hal ini, dicuba ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya memperolehnya." (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).

Al-'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: "Saya dan juga orang lain mencuba berubat dengan air zamzam. "Saya berubat dengannya dalam banyak penyakit dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air zamzam hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."

Al-'Allamah seterusnya berkata: "Sudah berlaku kepada diri saya sewaktu di Makkah, saya sakit. Pada masa itu, saya benar-benar ketiadaan ubat dan doktor.

"Maka, saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air zamzam dan bacakan di atasnya berulang kali. Kemudian, saya minum lalu mendapati kesembuhan yang sempurna.

"Sejak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat."


PROFESOR JEPUN DAN AIR ZAM-ZAM

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali dua orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa "slide" ditunjukkan dan dipancarkan di layar putih kepada hadirin. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan.

Lalu Profesor itu berkata "Banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi) , bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantiknya.

Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".

Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "Saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini" Jawab Pensyarah.

Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.

Lalu di dalam dewan itu mereka membuat ekperimen bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong Cina (dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau.

Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak baik maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah.

Daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah: "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

5 Syarat Untuk Lakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wallahua'lam

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...

Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."


Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."


Ketika MayatDiusung. ...

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Dishalatkan ....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."



Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....

terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian... .

0Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"...

PINTU-PINTU MASUKNYA SETAN

hati manusia bagaikan benteng sedangkan syetan adalah musuh yang senantiasa mengintai untuk menguasai benteng tersebut. Kita tidak bisa menjaga benteng kalau tidak melindungi atau menjaga/menutup pintu-pintu masuknya syetan ke dalam hati. Kalau kita ingin memiliki kemampuan untuk menjaga pintu agar tidak diserbu syetan, kita harus mengetahui pintu-pintu mana saja yang dijadikan syetan sebagai jalan untuk menguasai benteng tsb. Melindungi hati dari gangguan syetan adalah wajib oleh karena itu mengetahui pintu masuknya syetan itu merupakan syarat untuk melindungi hati kita maka kita diwajibkan untuk mengetahui pintu-pintu mana saja yang dijadikan jalan untuk menguasi hati manusia.

Pintu tempat masuknya syetan adalah semua sifat kemanusiaan manusia yang tidak baik. Berarti pintu yang akan dimasuki syetan sebenarnya sangat banyak, Namun kita akan membahas pintu-pintu utama yang dijadikan prioritas oleh syetan untuk masuk menguasai manusia. Di antara pintu-pintu besar yang akan dimasuki syetan itu adalah:

1. Marah

Marah adalah kalahnya tentara akal oleh tentara syetan. Bila manusia marah maka syetan bisa mempermainkannya seperti anak-anak mempermainkan kelereng atau bola. Orang marah adalah orang yang sangat lemah di hadapan syetan.

2. Hasad

Manusia bila hasud dan tamak menginginkan sesuatu dari orang lain maka ia akan menjadi buta. Rasulullah bersabda:" Cintamu terhadap sesuatu bisa menjadikanmu buta dan tuli" Mata yang bisa mengenali pintu masuknya syetan akan menjadi buta bila ditutupi oleh sifat hasad dan ketamakan sehingga tidak melihat. Saat itulah syetan mendapatkan kesempatan untuk masuk ke hati manusia sehingga orang itu mengejar untuk menuruti syahwatnya walaupun jahat.

3. Perut kenyang

Rasa kenyang menguatkan syahwat yang menjadi senjata syetan. Dalam satu riwayat disebutkan bahwa Iblis pernah menampakkan diri di hadapan Nabi Yahya bin Zakariyya a.s. Beliau melihat pada syetan beberapa belenggu dan gantungan pemberat untuk segala sesuatu seraya bertanya. Wahai iblis belenggu dan pemberat apa ini? Syetan menjawab: Ini adalah syahwat yang aku gunakan untuk menggoda anak cucu Adam.Yahya bertanya: Apa hubungannya pemberat ini dengan manusia ? Syetan menjawab: Bila kamu kenyang maka aku beri pemberat sehingga engkau enggan untuk sholat dan dzikir. Yahya bertanya lagi: Apa lainnya? Tidak ada! Jawab syetan. Kemudian Nabi Yahya berkata: Demi Allah aku tidak akan mengenyangkan perutku dengan makanan selamanya. Iblis berkata. Demi Allah saya tidak akan memberi nasehat pada orang muslim selamanya.
Kebanyakan makan mengakibatkan munculnya enam hal tercela:
· Menghilangkan rasa takut kepada Allah dari hatinya.
· Menghilangkan rasa kasih sayang kepada makhluk lain karena ia mengira bahwa semua makhluk sama kenyangnya dengan dirinya.
· Mengganggu ketaatan kepada Allah
· Bila mendengarkan ucapan hikmah ia tidak mendapatkan kelembutan
· Bila ia bicara tentang ilmu maka pembicaraannya tidak bisa menembus hati manusia.
· Akan terkena banyak penyakit jasmani dan rohani

4. Cinta perhiasan dan perabotan rumah tangga

Bila syetan melihat hati orang yang sangat mencintai perhiasan dan perabotan rumah tangga maka iblis bertelur dan beranak dan menggodanya untuk terus berusaha melengkapi dan membaguskan semua perabotan rumahnya, menghiasi temboknya, langit-langitnya dst. Akibatnya umurnya habis disibukkan dengan perabotan rumah tangga dan melupakan dzikir kepada Allah.

5. Tergesa-gesa dan tidak melakukan receck

Rasulullah pernah bersabda: Tergesa-gesa termasuk perbuatan syetan dan hati-hati adalah dari Allah SWT. Allah berfirman: "Manusia diciptakan tergesa-gesa" dalam ayat lain dditegaskan: "Sesungguhnya manusia itu sangat tergesa-gesa. Mengapa kita edilarang tergesa-gesa? Semua perbuatan harus dilakukan dengan pengetahuan dan penglihatan mata hati. Penglihatan hata hati membutuhkan perenungan dan ketenangan. Sedangkan tergesa-gesa menghalangi itu semua. Ketika manusia tergesa-gesa dalam melakukan kewajiban maka syetan menebarkan kejahatannya dalam diri manusia tanpa disadari.

6. Mencintai harta

Kecintaan terhadap uang dan semua bentuk harta akan menjadi alat hebat bagi syetan. Bila orang memiliki kecintaan kuat terhadap harta maka hatinya akan kosong. Kalau dia mendapatkan uang sebanyak satu juta di jalan maka akan muncul dari harta itu sepuluh syahwat dan setiap syahwat membutuhkan satu juta. Demikianlah orang yang punya harta akan merasa kurang dan menginginkan tambahan lebih banyak lagi.

7. Ta'assub bermadzhab dan meremehkan kelompok lain.

Orang yang ta'assub dan memiliki anggapan bahwa kelompok lain salah sangat berbahaya. Orang yang demikian akan banyak mencaci maki orang lain.
Meremehkan dan mencaci maki termasuk sifat binatang buas. Bila syetan menghiasi pada manusia bahwa taassub itu seakan-akan baik dan hak dalam diri orang itu maka ia semakin senang untuk menyalahkan orang lain dan menjelekkannya.

8. Kikir dan takut miskin.

Sifat kikir ini mencegah seseorang untuk memberikan infaq atau sedekah dan selalu menyeru untuk menumpuk harta kekayaan dan siksa yang pedih adalah janji orang yang menumpuk harta kekayaan tanpa memberikan haknya kepada fakir miskin. Khaitsamah bin Abdur Rahman pernah berkata: Sesungguhnya syaitan berkata: Anak cucu Adam tidak akan mengalahkanku dalama tiga hal perintahku: Aku perintahkan untuk mengambil harta dengan tanpa hak, menginfakkannya dengan tanpa hak dan menghalanginya dar hak kewajibannya (zakat).

Sufyan berkata: Syetan tidak mempunyai senjata sehebat senjata rasa takutnya manusia dari kemiskinan. Apabila ia menerima sifat ini maka ia mengambil harta tanpa hak dan menghalanginya dari kewajiban zakatnya.

9. Memikirkan Dzat Allah

Orang yang memikirkan dzat Allah tidak akan sampai kepada apa yang diinginkannya ia akan tersesat karena akal manusia tidak akan sampai kesana. Ketika memikirkan dzat Allah ia akan terpeleset pada kesyirikan....

misteri budu *-*

Misteri yang baru terungkap Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah
lama
diamalkan di Kelantan Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti
Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan
berkhasiat Jepun,
Amerika, Australia , New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-
baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan
antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh
(immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang
kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini
memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses
penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis,
koroner jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria
penyebab
diare,penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan
oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari
ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang
menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu
sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi
golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya
dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang
memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di
antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut
bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab
utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,
vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,
D,E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang
kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) ,asid
pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12(sianokobalamin) . Secara
saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh
bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin
B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan
daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana
kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat),
sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per
100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih
cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12
para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan
kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral
makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi,kalsium dan
magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram
budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya
vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan
yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal
bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau
lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga
menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser,penuaan dan kematian sel. Radikal bebas
didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang
terjadi di dalam tubuh.Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah
pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur
antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu,di samping 2
jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi
isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan
isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang
terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan
dan kanser payudara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh
darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu
satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor
usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah
peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi,
obesiti,stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat
hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta
makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang
yang dijalankan,mendapat i pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu
dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali
sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu
mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada
30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding
serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain,serat pada tempe lebih
mudah untuk dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan
sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tghari dan malam
melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin
yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

oleh itu, jgn kutuk budu, makanlah budu beramai-ramai.

VITAMIN D

Vitamin D is a vitamin (a substance the body requires in small doses for proper nutrition and function) that is fat-soluble, meaning that it is dissolved and stored in the fat of your body. Vitamin D maintains proper levels of calcium and phosphorus in the blood and together with calcium builds strong bones. The November 9, 2005, issue of JAMA contains an article about sufficient levels of vitamin D for healthy bones.
Image



SUNLIGHT EXPOSURE
Image Image

Sun exposure for 10 to 15 minutes at least twice a week usually provides adequate amounts of vitamin D. Certain conditions such as cloud cover, northern climates, pollution, and the winter months may not provide adequate sunlight exposure. Excess sun exposure causes skin cancer, so you should limit exposure to sunlight, not use tanning beds, and wear protective clothing and a sunscreen with a sun protection factor (SPF) of at least 15 when outdoors for longer than 10 to 15 minutes twice a week. Infants should be kept out of direct sunlight all together.
VITAMIN D DEFICIENCY
Image

When vitamin D levels are low, bones become weak and brittle. In children, vitamin D deficiency causes a disease called rickets, which results in poorly developed weak bones, delayed growth, immune deficiencies, and, when severe, seizures. In adults, vitamin D deficiency causes a disease called osteomalacia, which results in weak bones, fractures, bone pain, and weakness. Low levels of vitamin D may be a factor in osteoporosis (thin bones).
WHO IS AT RISK OF DEVELOPING VITAMIN D DEFICIENCY?
Image

  • Infants who are exclusively breast-fed or receiving less than about 2 cups a day of vitamin D–fortified formula or milk
  • People who have darker-pigmented skin
  • People with very limited sunlight exposure
  • People with fat malabsorption diseases, such as pancreatitis, cystic fibrosis, celiac disease, and surgical resection of the bowel
  • People who have liver or kidney disease or enzyme deficiencies
  • People in the northern hemisphere during winter

HOW MUCH VITAMIN D DO YOU NEED?
Image

For infants to adults aged 50 years, the daily adequate intake is 200 international units (IU) of vitamin D. For adults aged 51 to 70 years, 400 IU is required, and for those older than 70 years, 600 IU is recommended. Discuss with your doctor the proper vitamin D intake and sun exposure for you and whether you should take a supplement, especially if you are at risk of developing a deficiency. Too much vitamin D can occur from taking excess vitamin D supplements and can cause serious problems, such as nausea, vomiting, and weakness or even confusion and heart rhythm abnormalities.

Tajdid Iman: Keimanan rapuh punca hati resah

Manusia perlu elak dikuasai nafsu
PUNCA-PUNCA kesedihan - jika ada satu alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu adalah 'hati'. Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia. Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri.

Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya? Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkai penyebab kesedihan itu. Akhirnya ditemukan jawapan punca kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia iaitu;
Suka membuang masa. Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan menjadikannya lebih bertenaga, tetapi apabila terlalu berlebihan ia boleh membunuh. Orang mukmin membahagikan masanya kepada tiga bahagian, iaitu;

Pertama untuk Allah SWT; kedua untuk dirinya sendiri yang meliputi fikiran, perasaan dan tubuh badannya dan ketiga untuk keluarga dan umatnya. Sikap membuang masa biasanya dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar daripada pergaulan. Berkawan rapat dengan orang yang suka membaca boleh mempengaruhi minat kita kepada buku, begitu juga bila suka iktikaf di masjid mendengarkan syarahan agama akan menjadikan kita dekat dengan ilmu.

Kita sentiasa berhadapan dengan dua pilihan dalam hidup ini, jalan baik atau yang buruk. Kawan yang jahil atau soleh, situasi mengingatkan kita pada Allah atau melupakannya. Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan, sedih dan tertekan. Seorang mukmin yang benar imannya sentiasa berada dalam situasi jihad iaitu bersungguh-sungguh mengisi masanya dengan perjuangan dan pengorbanan untuk memenangi pertarungan melawan iblis dan syaitan.
Kesedihan juga berpunca daripada sifat dengki dan mengikut nafsu. Ada orang berasa sedih menyaksikan orang lain yang mengatasi kehebatannya. Lebih berjaya, kaya, berpangkat, cantik dan bergaya. Risau dan tertekan bersarang di hati, ditambah dengan sifat dengki dan dendam yang pasti akan memalapkan cahaya iman.

Ubat bagi kesedihan sebegini adalah dengan melihat siapa yang berada di bawah anda. Bukankah ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada hari ini? Rumah mereka musnah oleh banjir dan badai, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru, kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang. Mengapa perlu bersedih jika kita masih memiliki orang yang tersayang, mengapa risau jika harta kita dilindungi Allah SWT, jika ia berkurangan bukankah selama ini Allah memberi jumlah yang banyak tak terhitung? Semenjak dari rahim ibu lagi rezeki sudah dikurniakan kepada kita. Sudikah kita jika seseorang mahu menukar kedua mata, kaki dan tangan kita dengan wang berjuta? Tentu ia lebih berharga daripada wang. Kenikmatan yang Allah kurniakan itu terlalu banyak, tetapi hanya sedikit manusia yang mahu bersyukur.
Kesedihan kerana melupakan Allah. Bagaimanakah keadaan orang yang melupakan Allah? Dalam surah Al-Hasyr ayat 19 Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah. Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq."

Makna melupakan diri mereka sendiri adalah mereka meninggalkan amal soleh yang boleh menyelamatkan diri mereka di dunia dan akhirat. Orang yang melupakan Allah SWT mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

Hari dilalui tanpa ibadat, lupa berzikir, mengabaikan sembahyang, tidak membaca ayat al-Quran, menjauhi ilmu dan meninggalkan amal soleh. Kehidupan dunia menjadikan mereka buta, tidak dapat menjejaki jalan ke akhirat. Keadaan mereka seperti binatang kerana mereka hidup semata-mata untuk makan, minum, tidur, berkahwin dan memuaskan nafsu saja.

Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan jin dan manusia, mereka memiliki hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al-A'raf: 179).

Benarkah orang yang kaya tidak berasa sedih, putus asa dan tertekan? Sebenarnya, ia bergantung kepada sumber hartanya dan untuk apa ia dibelanjakan. Kekayaan yang sebenar adalah kaya hati. Iaitu hati yang sentiasa bergembira kerana iman kepada Allah dan bersyukur serta reda dengan qada dan qadar-Nya.

INFO: Hati sebagai alat kawalan manusia. Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia. Orang yang merawat hatinya dengan pelbagai amalan dituntut syariah pasti akan mengenali diri.

Hiburan berlebihan, sifat dengki, mengikut nafsu dan lupa kepada kebesaran Allah SWT penyebab kepada 'kesedihan' hati.

Mukmin yang hatinya sentiasa menekankan tuntutan syariah akan membahagikan masa untuk Allah SWT, diri sendiri dan untuk keluarga serta umat....

FACING INTERVIEW




cara tidur yg betul

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 tak, Alhamdulillah 33 tak, Allahuakbar 33 tak.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan: Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah

sejak masih kecil,” tegas beliau.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Adat berendoi

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.