Monday, December 1, 2008

Hasil Kajian: Memperhatikan Mukjizat Pada Huruf Sabdu Al-Fatihah

Kajian Dan Penyelidikan Image
Assalamu'alaikum,


Saya menyeru agar anda baca dengan teliti artikel ini



Al-Fatihah adalah Surah yang paling utama dalam Al-Qur'an, kitab terakhir dari sisi Allah yang diturunkan kepada umat manusia. Ia adalah Ibu Al-Qur'an dan merupakan Surah yang paling banyak dibaca oleh manusia dalam semua zaman. Mungkin satu saja ayat yang dibaca lebih banyak dari Al-Fatihah iaitu Basmalah, kerana selain dari dibaca oleh umat Muhammad s.a.w. hampir setiap kali mahu memulakan sebarang amalan yang baik, Basmalah telah diturunkan buat pertama kalinya di zaman Nabi Sulaiman a.s.

Bagi umat Islam, adalah amat penting untuk membaca Al-Fatihah dengan betul kerana ia merupakan rukun dalam solat. Setiap huruf-hurufnya patut disebut dengan tajwid yang betul. Pada pendapat saya, menghafal satu persatu hurufnya adalah satu amalan yang baik, kerana apabila kita membaca Al-Fatihah, kita akan seolah-olah membaca huruf-hurufnya dari satu lembaran yang jelas. Maksud ayat-ayatnya juga sepatutnya menjadi sebati dalam diri kita, dan eloklah kita mencungkil tafsir setiap satu ayat Al-Fatihah itu bagi memperoleh penghayatan yang lebih mendalam. Di Nusantara ini, saya sarankan agar anda mencari buku Samudera Al-Fatihah karya Bey Ariffin. Saya anggap ia sebuah buku yang baik untuk dibaca oleh orang-orang biasa seperti kita.

Dalam artikel ini saya akan kongsikan bersama anda satu judul yang tidak kurang menariknya iaitu Memperhatikan Mukjizat Pada Huruf Sabdu Al-Fatihah. Andai anda telah mengikuti siri Hasil Kajian ini dari awal, anda sudah mengetahui bahawa jumlah huruf Al-Fatihah itu BERULANG 141. Ia mengandungi 21 jenis dari 28 jenis huruf Arab. Dari segi Jumlah Angka Mufradnya, kita dapati bahawa Jumlah Angka Mufradnya juga BERULANG 2323. Dan jika kita mencari Posisi Implisit (di manakah letaknya 2323 dalam 141 posisi), kita akan dapati bahawa ia berada di Posisi 67 iaitu pada huruf Dal dalam Ayat Ke 5 yang berbunyi "Iyyaka na'bud..". Saya catat ini sekali lagi bagi memberikan gambaran asas kepada apa yang akan saya terangkan selepas ini.

Surah Al-Fatihah mempunyai 14 huruf yang bersabdu. Sabdu bermaksud huruf yang ditulis sebagai satu tapi dibunyikan sebagai dua huruf. Sebelum saya pergi lebih terperinci, ingin saya dedahkan di sini bahawa angka 14 itu sendiri sudah membayangkan bahawa Jumlah Huruf Al-Fatihah itu 141 kerana angka berulang 141 adalah angka ke 14. Baca seterusnya.

Saya sediakan satu Jadual sebagaimana di bawah untuk memudahkan anda yang berminat untuk mengkaji dan memperhatikan dengan lebih lanjut. Dalam Jadual berikut saya masukkan susunan huruf Al-Fatihah yang asal (141 huruf) iaitu yang berada dalam petak berwarna kuning muda. Saya masukkan pula susunan huruf Al-Fatihah jika sabdu-sabdu ditulis sebagai dua huruf (petak berwarna biru muda). Semua 14 huruf sabdu itu saya warnakan oren agar mudah dilihat.

Image

Jika anda perhatikan Jadual di atas, terdapat 14 huruf yang berada DI LUAR 141 akibat sabdu yang ditulis sebagai dua huruf itu, kini kesemua huruf berjumlah 155 dan dari segi Jumlah Angka Mufrad pula ialah 2550. Ianya tidak berulang tapi mempunyai FENOMENA SERUPA. Untuk melihat fenomena ini, cuba campurkan 14 Angka Mufrad yang berada DI LUAR 141 itu (petak paling bawah). Anda akan dapati bahawa Jumlah Angka Mufradnya ialah 255. Jika ditulis dalam konteks 4 digit dan didekatkan dengan 2550 ia akan jadi 0255:2550. Subhanallah.

Perhatikan pula apakah huruf-huruf yang berada di POSISI ASAL Al-Fatihah (saya warnakan oren pekat) tetapi Posisi itu telah diduduki oleh Huruf Sabdu (yang ditulis sebagai dua huruf). Campurkan kesemua Angka Mufradnya, anda akan dapati bahawa ialnya BERULANG 262.

Sekarang cuba campurkan pula POSISI SABDU dalam 141 Huruf. Ianya ialah 7+12+19+30+34+ 45+52+65+ 70+80+97+ 115 = BERULANG 626. Perhatikan bahawa ia bukan saja berulang tapi SERUPA JENIS dengan 262 yang dicatat di para di atas.

Kalau anda tidak setuju dengan cara perkiraan di atas (dalam 141 huruf), anda bolehlah campur semua, iaitu dalam 155 huruf. Oleh itu ianya 7+12+19+30+34+ 45+52+65+ 70+80+97+ 115+150+153 = BERULANG 929.

MELIHAT KOODINAT DALAM AL-QUR'AN

Saya telah merujuk pula Ayat 2550 dalam Al-Qur'an (2550 ialah sempena Jumlah Angka Mufrad 155 huruf). Ianya jatuh pada Surah Al-Anbiya' 21 Ayat 67: "Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?" Ia adalah kisah Nabi Ibrahim sedang berkata-kata kepada ayahnya.

Saya ingin menarik perhatian anda pada nombor Surah dan Ayat itu 21:67. Untuk renungan, angka 21 adalah SERUPA dengan Jumlah Jenis Huruf dalam Al-Fatihah sementara 67 pula SERUPA dengan Posisi Implisit 2323 dalam 141 Huruf. Saya berpendapat bahawa nombor Surah dan Ayat ini ini adalah BUKTI yang menunjukkan bahawa Al-Fatihah itu ditulis secara zahirnya sebagai 141 huruf walaupun secara batinnya ia mempunyai 155 huruf. Wallahua'lam.

Kita boleh perhatikan lagi sempena fenomena 21:67 ini: Sila ambil ANGKA MUFRAD dari Posisi 21 hingga ke 67 dari Jadual Asal (warna kuning) dan dari Jadual Sabdu (warna biru). Perlu disedari bahawa kita mengira 'dua kali', oleh itu kita perlu ambil puratanya. Bila dicampurkan akan dapat 1776. Ambil puratanya, iaitu bahagi dua. Berapa jawapannya? BERULANG SETARA 888. Adakah 888 itu 'kebetulan'? Perlulah disedari bahawa Angka Mufrad bagi huruf Posisi 67 YANG ASAL ialah 8. Perhatikan 8:888. Subhanallah.

67 adalah angka penentu Jumlah Huruf 141 dan Jumlah Angka Mufrad 2323 untuk Al-Fatihah. Dalam Jadual di atas, huruf-huruf telah berganjak kedudukannya (perhatikan Posisi 67 kotak kuning dan Posisi 67 petak biru). Kalau dicampurkan Angka Mufrad huruf dari Posisi 67 ASAL (warna kuning) ke Posisi 67 SABDU (warna biru), ingat sekali lagi bahawa kita kira 'dua kali' oleh itu perlu ambil purata, jumlahnya ialah 302 dibahagi 2 iaitu BERULANG 151. Subhanallah....

artikel dipetik dari laman web-http://blog.360.yahoo.com/
blog-61VeBgUwaK4JgXNPIJp..A--?cq=1&p=613

No comments: