Monday, December 1, 2008

ALAM KUBUR

Alam barzakh ialah alam yang keempat yang semestinya akan ditempuh oleh setiap manusia didunia ini. Mereka akan tinggal tetap padanya sehingga hari mereka dibangkitkan semula.

Allah berfirman dalam surah Al-Mu'minun ayat 114, juz kelapan belas.
Yang bermaksud: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
Di alam ini segala kekayaan, anak-anak, hartabenda, keseronokan yang penuh dengan tipu daya, pangkat dan lain-lain, tidak akan dapat mebantu/menolong kita lagi. Hanyalah amalan dan bekalan akhirat yang kita tunaikan mengikut suruhan Allah yang ditunjuk oleh Nabi Muha- mmad s.a.w dapat membatu kita. Tiada penyasalan yang dapat di ubah walaupun sesaat.

Allah berfirman dalam surah Al-Imraan ayat 185, juz ketiga.
Yang bermaksud: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Allah berfirman dalam surah As-Sajdah, ayat 11, juz keduapuluh satu.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".

Allah berfirman dalam surah Al-Munaafiquun, ayat 10 & 11, juz keduapuluh lapan.
Yang bermaksud: Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Dari itu ingatlah janganlah kita lalai dengan urusan dunia hingga terlupa dengan kewajipan akhirat. Sebelum ajal kita sampai hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dengan melaksanakan perintahNya

Allah berfirman dalam surah Al-Mu'minun' ayat 99 & 100, juz kelapan belas.
Yang bermaksud: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang solih dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ALAM BARZAKH (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka di bangkitkan semula pada hari kiamat.

Dari itu beringatlah, hendaklah kita menolak kejahatan dan melakukan kebaikan dan berlindunglah dengan Allah dari hasutan Syaitan syaitan. Jika kita takut dengan azab yang dijanjikan oleh Allahkepada orang-orang yang lalai, sebelum kita menemui ajal, hendaklah kita sentiasa bertaqwa kepada Allah.

No comments: