Tahukah anda kebanyakan restoren makanan segera melalui kaedah
penggorengan (fry atau deep fry) macam KFC, McDonald dan sewaktu
dengannya menggunakan minyak yang mengandungi trans-fat??
Trans-fat menyumbang kepada kegemukan/obesity malah boleh menyumbatkan
saluran darah yang boleh menyebabkan sakit jantung. Ia juga
menambahkan paras kolestrol tidak baik (bad LDL) yang menjadi punca
kepada pelbagai kecelaruan kesihatan termasuk serangan sakit jantung
dan kanser. Walaupun usaha dilakukan untuk mengurangkan penggunaan
minyak yang lebih sihat (sudah tentu lebih mahal!!!) tetapi mereka
masih tidak dapat membuang minyak hydrogenated kononnya tiada pilihan.
Meskipun begitu membuang lemak trans tidak bermakna makanan goring
segera akan menyihatkan kerana ia masih mengandungi acrilamid
(acrylamides) suatu bahan kimia beracun yang terhasil semasa masakan
‘high heat’ yang boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser. Jadi
bagaimana dengan goring pisang yang menggunakan minyak yang diguna
berulangkali lebih dari tiga kali (sudah tentu!!) yang menjadi
kegemaran abuyya dan juga anda?? Marilah kita mengubah cara memasak
kita..biasakan dengan masakan yang kurang berminyak!!
DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17
juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat
termasuk corak pemakanan tinggi kolesterol dan kurang bersenam adalah
pemangkin utama selain faktor salasilah keluarga yang mempunyai
penyakit jantung.
Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof
Madya Haizal Haron Kamar, berkata statistik menggerunkan itu secara
tidak langsung menunjukkan setiap individu berpotensi menghidap
penyakit ini tetapi masih belum terlewat untuk mengambil langkah
pencegahan.
Beliau berkata, biarpun jantung manusia hanya sebesar segenggam tangan
orang dewasa, ia organ terpenting dan sentiasa bekerja keras sepanjang
masa bagi mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh malah jika
fungsinya terganggu keseluruhan sistem badan akan terjejas.
"Jantung manusia berdenyut 70 kali setiap minit atau 140,000 kali
sehari. Kepentingan jantung tidak boleh diambil mudah.
"Antara penyakit jantung adalah kardiovaskular merujuk masalah jantung
dan saluran darah apabila kedua-duanya gagal berfungsi dengan baik.
Jantung koronari pula berlaku apabila saluran yang membekalkan darah
ke jantung dan otak (arteri) tersumbat atau rosak.
"Semua gejala ini mungkin tidak disedari namun bukan bermakna ia
berlaku secara tiba-tiba. Pada masa sama masih ramai membuat tanggapan
diri terhindar dari penyakit itu dengan alasan ibu bapa mereka bukan
pesakit jantung. Biar apa jua alasan, kesedaran dan
tahap kesihatan perlu ditingkatkan, " katanya.
Beliau berkata, jika melihat semula statistik, penyakit jantung adalah
pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah
berkurangan sejak dua dekad lalu.
Malah, katanya kematian disebabkan penyakit ini lebih tinggi
berbanding kanser dan wanita juga perlu berwasÂpada, barah bukan lagi
pembunuh utama, sebaliknya penyakit jantung.
Walaupun ramai beranggapan penyakit ini tiada simptom, Haizal berkata,
ciri umum yang mudah dikenal pasti bagi menilai tahap kesihatan
jantung individu ialah mudah lesu, dada terasa sesak hingga menghadapi
kesukaran bernafas, aktiviti semakin terhad serta buku lali membengkak.
Jika individu mempunyai tanda begini khususnya perokok, mereka perlu
segera mendapatkan pemerikÂsaan. Biarpun jika selepas pemeriksaan ia
bukan disebabkan jantung bermaÂsalah, individu terbabit masih perlu
mengutamakan kesihatan kerana ia mungkin petanda awal penyakit lain.
"Sebarang masalah kesihatan perlu dirujuk kepada mereka yang arif.
Setiap perubahan mendadak berkaitan tugasan jantung boleh memberi
reaksi kepadanya.
"Sebagai contoh, jika tekanan darah naik, bermakna jantung terpaksa
bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan dan ini
bermakna jantung yang bekerja daripada sepatutnya akan menyebabkan
kegagalan jantung. Justeru, perubahan tekanan darah harus diawasi,"
katanya.
Mengenai atherotrombosis atau darah membeku di atas plak iaitu lapisan
lemak di dinding salur darah yang pecah, pembekuan menyekat pengaliran
darah seterusnya mengakibatkan serangan jantung (jika berlaku pada
salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).
Katanya, atherotrombosis adalah penyebab kematian utama di negara ini
dengan statistik sebanyak 28 peratus kematian yang dilihat lebih
tinggi berbanding kanser atau penyakit berjangkit lain. Masalah lain
berkaitan jantung adalah strok iskemia (aliran darah yang tidak
mencukupi ke otak), serangan jantung, sindrom koronari akut dan
kerosakan pembuluh darah.
Haizal berkata, walaupun setiap individu berpotensi menghadapi masalah
ini, situasi berkenaan masih boleh diubah. Bagi penyakit jantung,
terdapat dua faktor risiko iaitu aspek yang boleh dikawal manakala
faktor lain adalah yang tidak boleh diubah iaitu jantina, usia, bangsa
dan genetik.
Bagi faktor jantina, usia, bangsa dan sejarah keluarga, lelaki berumur
melebihi 45 tahun atau wanita berumur melebihi 55 tahun yang mempunyai
sejarah keluarga diserang sakit jantung mempunyai potensi besar.
Begitupun, belum terlewat jika mereka terus mengamalkan gaya hidup sihat.
Antara faktor yang mampu dikawal sendiri oleh individu pula ialah
tahap kencing manis, paras kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi,
kekurangan aktiviti fizikal atau bersenam, menghadapi masalah berat
badan berlebihan dan obesiti, pola pemakanan tidak seimbang serta merokok.
"Sering juga dikejutkan dengan kematian pada usia muda. Perlu diingat,
serangan jantung tidak mengenal usia. Faktor genetik harus diberi
perhatian. Walau apa pun alasan, soal pemakanan dan aktiviti riadah
tidak boleh dipandang ringan. Kaedah pencegahan terbaik ialah
mengurangkan berat badan berlebihan melalui amalan pemakanan seimbang
dan senaman konsisten.
Fakta: Individu yang harus segera dapatkan pemeriksaan doktor
* Lelaki berumur 35 tahun ke atas dan perempuan berumur melebihi40
tahun.
* Mengalami masalah berat badan berlebihan (tujuh kilogram dan lebih
berbanding berat badan unggul).
* Mempunyai keraguan terhadap status kesihatan diri sendiri.
* Ada sejarah keluarga yang menghidap sakit jantung.
* Tidak pernah bersenam atau tidak bersenam secara tetap.
Monday, December 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment